Thursday, 30 May 2013

28052013

    Tarikh keramat ini pasti akan sentiasa terpahat dalam hati setiap pencinta bola sepak tanah air pada masa ini. Ini kerana pada tarikh keramat tersebut kita telah menyaksikan berlakunya satu lagi peristiwa hitam dalam sejarah bola sepak tanah air kita. Di kala dunia bola sepak tanah air kembali di palit dengan isu rasuah dan 'Bookie' yang kembali menghantui dunia bola sepak tanah air selepas peristiwa skandal rasuah bola sepak terbesar di negara ini pada sekitar tahun 1994-1995 di mana melibatkan seramai 126 org pemain dan jurulatih, seluruh peminat dan pencinta bola sepak tanah air digemparkan dengan kejadian perlawanan separuh akhir piala FA antara Pahang FA dan Johor Darul Takzim FC (JDT) di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang, yang telah ditunda ekoran kekecohan yang berlaku di dalam stadium dan juga di luar stadium. Perkara ini disebabkan oleh jumlah penonton yang terlalu ramai hingga melebihi daripada had jumlah kapasiti penonton di stadium yangg telah mengundang beberapa siri kekecohan yang telah membuat perlawanan tersebut terpaksa ditunda atas faktor keselamatan para pemain dan juga penyokong kedua-dua pasukan.

penonton melimpahi ke kawasan trek disebabkan jumlah yang  melebihi kapasiti stadium
penyokong kedua-dua pasukan mula memasuki kawasan padang apabila diumumkan perlawanan ditangguhkan

keadaan  penyokong kedua-dua pasukan yang hampir bertempur
    
    Disini jelas terserlah kepincangan dan kelemahan pihak pengurusan stadium dan juga persatuan bola sepak negeri yang menjadi tuan rumah perlawanan tersebut apabila jumlah penonton di dalam stadium melebihi kapasiti maksimum stadium tersebut. Stadium Darul Makmur boleh menampung seramai 35000 penonton tetapi pada malam tersebut dipercayai kira-kira 45000 penonton telah membanjiri stadium tersebut. Ini bermakna pada malam tersebut terdapat kira-kira lebihan 10000 penonton yg telah melebihi had maksimum kapasiti penonton di stadium tersebut. Dimanakah silapnya sehingga kejadian seperti ini boleh berlaku? 

    Ada yang menyatakan ianya akibat penjualan tiket palsu yg berleluasa. Pihak pengurusan stadium pula menyatakan ianya adalah akibat daripada penonton telah merempuh pintu keselamatan untuk masuk ke stadium sehingga menyebabkan beberapa pintu telah pecah. Walau apa jua alasan yang diberikan, asas kepada masalah yang berlaku pada malam tersebut adalah daripada kepincangan dan kelemahan pihak pengurusan stadium dan persatuan bola sepak negeri dalam menangani masalah tersebut. Bagaimana tiket-tiket palsu begitu mudah dijual disekitar kawasan stadium? Dan bagamaina pemegang tiket palsu tesebut begitu mudah dapat melepasi petugas-petugas stadium yang memungut tiket? Atau ada berlakunya penglibatan orang dalam yang membenarkan kemasukan penonton tanpa tiket? Persoalan-persoalan ini perlu dijawap oleh pihak pengurusan stadium dan juga pihak persatuan bola sepak negeri yang menjadi tuan rumah pada perlawanan malam tersebut.

Penonton menunjukkan dua versi tiket yang mana tiket disebelah kanan adalah tiket asli dan tiket disebelah kiri  yang dibulatkan itu dipercayai tiket palsu

    Sebagai pencinta bola sepak tanah air, diiharapkan pada masa hadapan perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Pihak pengurusan stadium dan juga persatuan bola sepak negeri yang menjadi tuan rumah hendaklah memperketatkan lagi aspek-aspek keselamatan para pemain dan juga penyokong di stadium. Kita tidak mahu tragedi seperti "Hillsborough Disaster 1989" yang telah menyebabkan kematian 96 orang penyokong pasukan Liverpool FC berlaku di dunia bola sepak tanah air kita ini. ~JFT96~

"Hillsborough Disaster" yang mengakibatkan kematian 96 orang penyokong Liverpool FC

penyokong terpaksa memanjat ke bahagian atas kesesakan penonton yang melebihi kapasiti stadium

1 comment:

  1. bila mana wang dan keuntungan lebih penting dari segalanya, nyawa manusia pun sanggup diperjudikan nya.

    ReplyDelete